PROGRAM JELAJAH NADI KLUSTER HULU TERENGGANU (PROGRAM USAHASAMA CBT LUBUK BAYAS BERSAMA KLUSTER NADI HULU TERENGGANU)

Aktiviti terkini | 20 September 2024

Tempat Aktiviti:
Cbt Lubuk Bayas, Kampung Menerong

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini dianjurkan untuk KRT Kampung Menerong di CBT Lubuk Bayas dengan kerjasama NADI.
• Aktiviti komuniti seperti mewarna, sukaneka & STEM-IOT juga diadakan.
• NADI Kampung Menerong memberi sedikit pendedahan mengenai fungsi NADI untuk komuniti.

Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah untuk mencapai objektif yang ditetapkan iaitu program bersama komuniti Kampung Menerong dengan Kerjasama pihak NADI untuk mencapai sasaran pihak Kerajaan untuk membantu rakyat dari segi inisiatif Kerajaan, Kesedaran KDB, Kesedaran Mydigital ID dan banyak lagi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari
• Program bermula dengan aktiviti senamrobik penduduk kampung dan selingan untuk cabutan nombor bertuah serta aktiviti di ‘booth’ Kluster NADI. Antara booth yang dipamerkan ialah Booth Produk Usahawan NADI, Booth Inisiatif Kerajaan, Booth MIV Volunteer KDB, Booth aktiviti kanak-kanak, Booth Pemeriksaan Kesihatan (asas).

Kelebihan Aktiviti :
• Banyak kelebihan yang diperolehi dengan penyertaan dari pelbagai lapisan umur kerana mampu memberi impak untuk menunjukkan kefungsian NADI dalam membantu rakyat khususnya luar bandar

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :