INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Pengenalan

Kampung Menerong merupakan kampung pusat yang berdekatan dengan Kampung-kampung kecil iaitu Perumahan PPSK Gunung-Menerong, Kampung Gunung, Kampung Peris dan Kampung Betong. Demografi Kampung Menerong pada asalnya tempat agak tinggi dan tidak terlibat dengan banjir tidak seperti kampung-kampung kecil lain. Majoriti penduduk juga adalah menjalankan kerja-kerja pertanian dan perternakan juga berjawatan swsata dan kerajaan. Berikut merupakan maklumat populasi penduduk Kampung Menerong.

Jumlah Penduduk : 1266 Orang
Jumlah Keluarga : 258 Keluarga
Penduduk Lelaki : 508 Orang
Penduduk Perempuan : 758 Orang
Kaum : Majoriti Melayu

Rekreasi & Pelancongan

Tempat rekreasi tumpuan yang semakin tular di Hulu Terengganu ialah CBT Kalang Rengas dan Tapak Perkelahan Lubuk Bayas. Keduanya mengetengahkan konsep alam semulajadi dengan sungai yang selamat untuk rekreasi keluarga. Jarak dari NaDi Kg Menerong hanyalah 2-3 Kilometer sahaja. Pusat rekreasi ini menyediakan tandas awam, tempat persalinan, surau, wakaf dan sebagainya.

Tapak Perkelahan Lubuk Bayas

CBT Kalang Rengas, Kg Gunung



Tempat Makan Menarik



Warung Seri Menerong
Warung Mee Kopeh
Warung Kak Pess
Kemudahan Awam
Masjid Kg Menerong
Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong
Mini Mart Smart
NaDi Kg Menerong
Pendidikan
SMK Menerong
Tadika Kemas
Kisah Kejayaan


Muhammad Amirul Izham merupakan penuntut PDK Bukit Diman dan ahli di NADI Kg Menerong. Beliau mempunyai kelainan upaya (OKU) yang sangat berpotensi besar. Mula menjadi ahli sekitar tahun 2017. Sehingga kini, banyak aktiviti ICT yang disertai. Walaupun buta huruf dan lambat dalam perkembangan, Amirul sangat berminat dan sehingga kini, mampu menaip ayat-ayat mudah, menggunakan Portal e-Learning dan pandai menggunakan Microsoft Word, juga selalu menyertai aktiviti Soft Skill di Pusat NADI. Dalam gambar adalah ketika beliau menggunakan e-learning dan menyertai aktiviti berkumpulan pada tahun lepas di sini. Pihak NADI juga amat berharap perkembangan pembelajaran Amirul semakin berkembang dan berminat meneruskan pembelajaran ICT di sini.

Keusahawanan

Nama Syarikat: Hafiz Furniture
Nama Pemilik: Mohd Hafizuddin Bin Ghazali
Jenis Perniagaan: Pelbagai Perabot Kayu
Produk: Meja Makan, Rehal, Kotak Kunci, Kerusi Estetik, Set Dapur
Tarikh Mula Perniagaan: 3 Januari 2017
Alamat Premis: No. 60 Kampung Gunung, 21800 Ajil Hulu Terengganu
No. Telefon: 011-29435810