Mengenai NaDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NaDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama Kampung Menerong berasal dari sejenis rumput yang panjang yang dinamakan Rumput Menerong. Sejarahnya bermula kira-kira 150 tahun yang lalu. Rumput tersebut tumbuh liar di kawasan berpaya dan di kaki-kaki bukit. Oleh kerana kegiatan utama penduduk pada masa itu menanam padi huma, maka, penduduk kampung bergotong royong menebas rumput tersebut. Kawasan tersebut dibersihkan dan Rumput Menerong dibakar untuk dijadikan kawasan menanam padi huma. Proses tersebut dinamakan memerung.
Kampung Menerong terletak di Mukim Hulu Berang dan di daerah Hulu Terengganu. Kampung ini terdiri dari 4 buah kampung kecil iaitu Kampung Menerong, Kampung Bukit Mengawan, Kampung Matang dan Program Penempatan Semula Kampung Gunung Mnerong (PPSK). Kampung yang berjiran dengan Kampung Menerong adalah Kampung Peris, Kampung Gunung, dan Kampung Felda Tersat. Jarak dari bandar Kuala Berang 20km dan bandar Kuala Terengganu 50km. Jarak dari susur keluar Lebuhraya Pantai Timur pula ialah 18km. Ianya merupakan kampung yang terletak di tengah tengah Mukim Hulu Berang dan menjadi laluan utama ke pusat pelancongan air terjun Belukar Bukit.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2024PROGRAM JELAJAH NADI KLUSTER HULU TERENGGANU (PROGRAM USAHASAMA CBT LUBUK BAYAS BERSAMA KLUSTER NADI HULU TERENGGANU)
Aktiviti Terkini | 20 September 2024
Program ini dianjurkan untuk KRT Kampung Menerong di CBT Lubuk Bayas dengan kerjasama NADI....baca selanjutnya
GOOGLE DRIVE (E-RPH) BASIC ICT
Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2024Staf membantu ahli menyiapkan e-RPH, urusan menggunakan Google drive...baca selanjutnya
JOB RESUME (BASIC ICT)
Aktiviti Terkini | 4 Julai 2024Staf membantu ahli menyiapkan resume...baca selanjutnya
ASAS APLIKASI KWSP (BASIC ICT)
Aktiviti Terkini | 2 Jun 2024Staf membantu ahli memuat turun aplikasi bagi memudahkan urusan akan datang...baca selanjutnya
TUGASAN SEKOLAH. CARIAN GAMBAR GOOGLE (BASIC ICT)
Aktiviti Terkini | 12 Mei 2024Staff membantu pelajar menggunakan asas menggunakan internet untuk tujuan menyiapkan tugasan...baca selanjutnya
MICROSOFT WORD : TUGASAN GEOGRAFI (BASIC ICT)
Aktiviti Terkini | 1 April 2024Staff membantu pelajar menggunakan asas Word untuk tujuan menyiapkan tugasan. Aktiviti ini sangat bagus untuk melihat tahap penguasaan pelajar menggunakan Word...baca selanjutnya
MICROSOFT WORD : KEMAS RPH ONLINE (BASIC ICT)
Aktiviti Terkini | 2 Mac 2024Menonton video tutorial khas dari pihak KEMAS...baca selanjutnya
PROGRAM KOMUNITI USAHASAMA PEJ.TANAH HULU TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 17 Februari 2024Program ini dianjurkan adalah kesinambungan daripada program tahunan...baca selanjutnya
PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN BERSAMA USAHAWAN AMWAY
Aktiviti Terkini | 12 Januari 2024Program ini dianjurkan dengan kerjasama pegawai perubatan iaitu salah seorang usahawan Produk Amway....baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya